Kepuasan Pelanggan
Di Busana Jamilah, kami mengamalkan polisi kepuasan pelanggan. Kami ingin menjadikan setiap pembelian anda sebagai pengalaman yang menyeronokkan. Kami jamin, barangan yang sampai ke tangan anda telah dipastikan benar – benar dalam keadaan baik dan sempurna. Namun, jika anda menerima barangan faulty item (jahitan tetas, salah saiz dsb), anda boleh ikuti langkah seperti berikut:

Polisi Pemulangan / Pertukaran
a. Jika tag masih terlekat bersama dan item masih belum diguna (unused), dibasuh (unwash) atau diubahsuai (unaltered), pemulangan item boleh diterima dalam masa 3 hari dari tarikh item sampai kepada pengguna.

Pemulangan / Pertukaran item hendaklah dihantar ke:

BUSANA JAMILAH OUTLET
4.3, Level 4, Angsana JB Mall,
Pusat Bandar Tampoi,
81200 Johor Bahru,
JOHOR, MALAYSIA

b. PENTING: Item promosi dan pembelian menggunapakai kupon diskaun adalah tidak boleh dipulangkan (non-returnable) atau ditukarganti (non-exchangeable). Walaubagaimanapun, item yang rosak dan dikenalpasti manufacturing error akan dipertimbangkan untuk pertukaran item baru atau item lain yang setara setelah mendapat perundingan pihak pengurusan Busana Jamilah.

c. Jika item tidak sesuai atau tidak padan (saiz), anda boleh menghantar emel atau telefon bagi tujuan penukaran item kepada saiz yang lebih ideal, tertakluk kepada stok tersedia. Sekiranya kami tidak mempunyai stok saiz yang dikehendaki, kami akan mencadangkan pertukaran item melibatkan produk lain yang setara.

d. Setiap tempahan yang hilang (missing), rosak (defect) atau salah (wrong item), anda boleh memaklumkan kepada kami melalui paparan Customer Care, menggunakan ID tempahan # dan Perkara “Missing, Defect & Wrong”. Anda juga boleh menghubungi kami di talian 07 – 234 1037.

e. Kos pemulangan item adalah ditanggung sendiri pihak pelanggan dan kami tidak bertanggungjawab sehingga item sampai ke butik.

Pembatalan Tempahan (Non-faulty Product)
Jika anda ingin membatalkan tempahan, sila hubungi Team Online di talian 019 – 734 1037. Tiada sebarang caj pembatalan akan dikenakan. Walaubagaimanapun, jika penghantaran telah dibuat pembatalan tidak boleh dilakukan.