Maklumat Mengenai Dropship

1.0 Apa itu Dropship
1.1 Bagaimana Dropship Berfungsi
1.2 Kelebihan jadi Dropship Busana Jamilah
1.3 Cara nak mendaftar Dropship Busana Jamilah
1.4 Register Sebagai Member Busana Jamilah
1.5 Cara Pembelian Agen Dropship Menggunakan Kod Kupon

1.0 Apa itu Dropship

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk oleh anda (agen dropship) dengan hanya perlu membayar kepada kami (Busana Jamilah) berdasarkan produk dijual.

Ianya memberi keuntungan yang besar kepada anda kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.

Dropship membolehkan anda menjalankan perniagaan TANPA MODAL iaitu anda tidak perlu mempunyai produk yang dikeluarkan sendiri.

Pihak kami akan sediakan produk untuk anda seperti baju kurung, jubah, baju melayu, kemeja, kurta, tudung, shawl, instant shawl dari saiz kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Kami juga akan mengeluarkan pelbagai jenis lagi produk baru dari masa ke semasa.

Anda hanya perlu promosi di mana-mana media sosial secara online atau offline dengan menggunakan gambar dan maklumat produk yang kami sediakan.

Segala urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak kami.

Mudahkan???

1.1 Bagaimana Dropship Berfungsi

  1. Anda pilih apa yang ingin anda jual.
  2. Senaraikan produk yang anda pilih itu di facebook, whatsapp, email, website, katalog, blog atau di tempat lain menggunakan gambar dan maklumat produk dari kami.
  3. Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda akan periksa stok sediaada di wesite ini (www.busanajamilah.com).
  4. Anda buat tempahan produk untuk pelanggan anda.
  5. Kemudian, kami akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.
  6. Anda mendapat keuntungan dengan mudah!

1.2 Kelebihan jadi Dropship Busana Jamilah

  • Tiada yuran keahlian untuk agen dropship
  • Tanpa modal
  • Tidak pegang stok
  • Komisen untuk jualan 10-15%
  • Gambar dan maklumat mengenai produk akan disediakan
  • Group coaching untuk meningkatkan penjualan anda
  • Support jika terdapat sebarang pertanyaan

Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Kami akan melakukan semua ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan kaedah dropship untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropship untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.

Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!

Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada kami untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segalanya.

1.3 Cara nak mendaftar Dropship Busana Jamilah

Kepada yang nak join Team Dropship Kak Mil. Sila Whatsapp laju-laju. Keahlian terhad, sebelum kehabisan kuota.

Whatsapp seperti maklumat berikut;
>>> “NAK JOIN TEAM KAK MIL” >>> 019 735 1037
>>> “NAK JOIN TEAM KAK MIL” >>> 019 735 1037
>>> “NAK JOIN TEAM KAK MIL” >>> 019 735 1037

atau klik butang di bawah sekarang (menggunakan phone);

 NAK JOIN TEAM KAK MIL
TINDAKAN anda hari ini ialah penentu KEJAYAAN anda hari esok!

1.4 Register Sebagai Member Busana Jamilah

Langkah seterusnya untuk menjadi agen dropship ialah anda WAJIB mendaftarkan akaun anda sebagai member di website ini. Caranya, anda boleh mengikuti dengan merujuk tutorial bergambar di bawah;

LANGKAH 1

Sila klik pada menu “My Account” di website; www.busanajamilah.com.

LANGKAH 2

Anda perlu masukkan email dan password pilihan anda. Kemudian, klik pada button “Register”.
*Sila pastikan guna password yang mudah diingati.

LANGKAH 3

Anda boleh masukkan maklumat untuk billing address dan sebagainya.

Sila periksa inbox email anda untuk  mengesahkan pendaftaran ahli anda dengan klik pada activate link yang diberikan di dalam email.

Alhamdulllah sudah siap langkah pertama anda mendaftar sebagai member Busana Jamilah.

1.5 Cara Pembelian Agen Dropship Menggunakan Kod Kupon

Kami menyediakan platform yang mudah bagi anda untuk membuat pesanan untuk pelanggan anda hanya melalui website. Sistem ini lebih pantas tanpa anda perlu menunggu balasan whatsapp bertanyakan kami setiap kali ingin memeriksa stok yang ada atau membuat pesanan.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3 

Langkah ini boleh anda gunakan untuk memeriksa samaada produk yang pelanggan anda mahukan masih ada stok atau tidak di laman web kami.

Contoh gambar dibawah jika masih ada stok akan terpapar berapa jumlah yang sediaada di dalam stok; xx in stock. 

Jika kehabisan stok, akan terpapar pada website; Out of Stock.

LANGKAH 4

LANGKAH 5

Sila masukkan kod kupon dropship yang diberikan oleh pihak kami. Kod kupon ini khas untuk kegunaan anda sahaja.

LANGKAH 6

Contoh produk BK Sulam Chinta harga yang dijual di website ialah RM129 selepas Promosi 50% & Free postage (harga & free postage bergantung kepada promosi terkini).

Harga yang terpapar di website inilah harga yang akan anda jual kepada pelanggan anda (belum termasuk pos SM & SS).

Harga pos bagi setiap produk ialah;

  • SM: RM10
  • SS: RM15

Selepas pelanggan anda membayar RM129. Anda akan uruskan tempahan dan masukkan kod kupon dropship. Anda hanya perlu bayar RM109.65 kepada kami.

Selebihnya ialah komisen anda;

RM129 (bayaran dari pelanggan) - RM109.65 (anda bayar kepada kami) = RM19.35 (komisen anda dapat)

Cuba bayangkan sepasang baju kurung moden dapat komisen RM19.35.

Kalau anda jual 3 pasang sehari. RM19.35 x 3= RM58.05 komisen sehari

Sebulan RM58.05 x 30 = RM1,741.50. Wow!

LANGKAH 7

LANGKAH 8

LANGKAH 9

LANGKAH 10

Akan keluar maklumat pembelian dan juga anda akan menerima email untuk makluman pembelian dan maklumat bayaran. Selepas pembayaran melalui online transfer/ bank in, sila hantarkan resit dan nombor order melalui Whatsapp ke 019 735 1037.